Sementara menunggu dengan debarnya kedatangan SPM 2012 yg akan datang ini..marilah sama2 kita mengenali aras2 soalan dan teknik menjawab...
seterusnya....
ok...setakat ini dulu informasi teknik menjawab SPM kertas 2 kita!! Good Luck in your exam!!! (^_____^)
AHLI KUMPULAN
AZRYNA ABDUL (PT122031CT)
MAHANI MIZAN (PT122133CT)
NOR ERNAWATI KAMIS (PT122176CT)
NORDIANA HAMZAH (PT122182CT)
NOREHAN MOHD DIN (PT122183CT)
MAHANI MIZAN (PT122133CT)
NOR ERNAWATI KAMIS (PT122176CT)
NORDIANA HAMZAH (PT122182CT)
NOREHAN MOHD DIN (PT122183CT)
Friday, 12 October 2012
Thursday, 4 October 2012
ini pula peta 'middle east' atau asia tengah yang terdiri daripada negara2 arab..contohnya Arab Saudi, Mesir, Sudan, Turkey, Iran, Iraq dll..kebanyakannya negara2 tersebut adalah negara2 Islam dan telah menjadi empayar Islam yang begitu hebat. seperti empayar Umaiyah, Abbasiah & Uthmaniah...Tokoh2 pemimpin Islam telah berjuang melebarkan sayap Islam dgn menyebarkan ajaran Islam. Maka, dengan tersebarnya ajaran Islam ke seluruh dunia termasuk di Asia Tenggara, membuktikan bahawa Islam disebarkan ke dunia bukan dengan 'pedang' (kekerasan)... k..nnti story lg!! (^__^)
asia tenggara kita... :)
ini adalah peta asia tenggara kita...tapi, yang ni yang dulu2.... unik kan? let's think. macamana orang2 dulu lukis, sedang kn mereka kurang dgn teknologi yg canggih...BANGGA KAN?? (^____^)
Tuesday, 25 September 2012
Teori Gagne Nine Events
Teori Gagne Nine Events
yang diperkenalkan oleh Robert M. Gagne membantu guru memahami proses
belajar sehingga dapat mempengaruhi dan melancarkan proses pengajaran
dan pembelajaran. Ia juga dapat mengembangkan proses dan isi pengajaran
agar pembelajaran menjadi lebih mudah difahami, seronok dan murid dapat
dilibatkan. Sistem instruksional yang diperkenalkan oleh Gagne
ditakrifkan sebagai rangkaian peristiwa yang dirancang dari luar yang
mempengaruhi proses dan meningkatkan pembelajaran ( Nur Syamim &
Nurul Hazwani, 2010). Teori yang dibangunkan oleh Gagne ini adalah amat
berkait rapat dengan teknologi. Guru boleh menggunakan teknologi yang
asas seperti komputer misalnya. Guru perlu juga kreatif dalam
melaksanakan pengajaran dengan menggunakan beberapa unsur-unsur
multimedia seperti gambar, video, sound atau suara dan sebagainya.
Robert Mills Gagne dilahirkan pada 21 Ogos 1916 di North
Andover, Massachusetts, Amerika Syarikat. Beliau mendapat PhD dari Brown
University pada tahun 1940. Beliau menjadi professor dalam bidang
psikologi pendidikan pada 1940-1949 di Connecticut College. Beliau juga
pernah menjadi professor di Jabatan Pendidikan Penyelidikan di Florida
State University pada tahun 1969.
Gagne pernah berjawatan sebagai pengarah penyelidikan untuk
tentera udara pada 1949 hingga 1958 di Lackland, Texas. Beliau juga
pernah bekerja sebagai perunding untuk Jabatan Pertahanan dari tahun
1958 hingga 1961. Beliau juga pernah menjawat jawatan pengarah
penyelidikan di American Institute of Research, Pittsburgh mulai tahun
1962 hingga 1965.
Robert M. Gagne juga banyak menulis dan mengedit buku dan
artikel. Antaranya ialah Kesediaan Belajar ( 1965 hingga 1985 ), Prinsip
Design Instruksional ( 1974 hingga 1992 ) dan Psikologis Prinsip dalam
Pembangunan pada tahun 1962.
Proses pembelajaran yang Gagne perkenalkan iaitu Gagne’s
Nine Events menurutnya mampu meningkatkan kognitif pelajar dalam
pembelajarannya. Events atau peristiwa yang disusun oleh mengikut turutan bermula dengan Gain Intention atau
menarik minat. Kedua, menyampaikan tujuan atau objektif pelajaran yang
hendak disampaikan. Ketiga, mengingat kembali atau mengimbas tajuk-tajuk
yang berkaitan sebelum ini. Keempat ialah menyampaikan isi kandungan
pelajaran. Kelima, memberikan panduan dan bimbingan dalam pelajaran
berkenaan tajuk yang diajar. Keenam, memberikan latihan sebagai gerak
kerja kepada murid. Ketujuh pula ialah guru memberikan tindakbalas
terhadap jawapan yang diberikan oleh murid. Kelapan ialah menilai
kemampuan murid dengan mengukur prestasi murid dengan markah yang
diperolehi dan yang terakhir adalah aktiviti menguatkan ingatan kepada
murid agar mereka dapat menyimpan hasil pembelajaran pada hari itu dalam
memori.
contoh slide mengikut Gagne 9 Events ( klik link ini ) atau ruangan mut turun di sebelah kanan blog..
Rujukan :
Bambang Warsita. 2008. Teori Belajar Robert M.Gagne dan Implikasinya Kepada Pusat Sumber Sekolah. Jurnal Teknodik., Volum 12, 65-79.
Dy Rosita Hj Yaakub, Maladiah Diman.2008. Penggunaan Teknologi Pendidikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Negara Brunei. http://www.slideshare.net/Dr22s/teknologi-pendidikan
Fakulti Pendidikan,. Konsep Penilaian. Universiti Malaya, Kuala Lumpur. http://pendidikanmoral.um.edu.my/index.php?page=61
Hajijah Hasan.2009. kaedah Mesra Warna ( Di kalangan Murid Tingkatan Lima). http://www.smk-majakir.net/modules/news/Jurnal%20Munsyi/Hajijah%20Hasan.pdf
Jabatan Mufti Melaka. Sejarah Haji. http://www.al-azim.com/haji/sejarah.htm
Kumpulan Istilah . 2010. Pengerian Maklumat: http://ms.shvoong.com/social-sciences/communication-media-studies/2072620-pengertian-maklumat/#ixzz1e7jqWtua
Mufti Kerajaan Brunei. 2010. IBADAT HAJI: PERMASALAHAN MELONTAR JAMRAH. http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2010/bill22-2010.pdf
Muhammad Aminul Khalil Bin Zaini, Muhammad Amir Al-Hafiz Bin Zulkifli dan Muhamad Ridhuan Bin Ghani. 2010. Implikasi P & P Teori Pemprosesan Maklumat – Robert Mills Gagne. http://ridhuanghani.blogspot.com/2010/08/implikasi-p-p-teori-pemprosesan.html
Norazrena Abu Samah & Shaharuddin
Mohd Salleh.2011. Laman Web Matematik Bagi Tajuk Kebarangkalian
Berpandukan Sembilan Aspek Pengajaran Gagne dan Teori Pelaziman Operan
Skinner. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, Jilid 1, Nombor 1, 63-73. .
Norazrena Abu Samah & Shaharuddin
Mohd Salleh. 2009. Pembangunan Laman Web Matematik Berasaskan Sembilan
Aspek Pengajaran Gagne Bagi Tajuk Kearangkalian I dan II. Universiti
Teknologi Malaysia, Johor.
Rosli Abd Rahman.2008. Keberkesanan Kepimpinan Instruksional Mewujudkan Budaya SMKA Yang Kondusif. http://www.iabu.moe.gov.my/kkerja2008/Rosli%20Shams_PPT.pdf.
Set induksi cara tarik minat murid . 2010. http://chekguisza.blogspot.com/2010/02/set-induksi-cara-tarik-minat-murid.html
Uwes A. Chaeruman. 2009. Contoh penerapan Teori Pembelajaran Gagne. http://www.teknologipendidikan.net/2009/02/10/contoh-penerapan-teori-pembelajaran-gagne/
Universiti Teknologi Mara, Kedah. Sains Dan Teknologi Dalam Islam. http://lib.kedah.uitm.edu.my/psblibrary/notes/languagestudies/layout/notes/CTU%20211/1.pdf
Sunday, 16 September 2012
ASSALAMUALAIKUM WBT.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi menjenguk blog yang tidak seberapa ini. tujuan utama penubuhan blog ini adalah kerana untuk berkongsi maklumat dengan pelbagai perkara mengenai
pendidikan seperti bahan bantuan mengajar, contoh-contoh soalan dan
kajian-kajian ringkas untuk dikongsi bersama.
semoga apa yang di muatkan di sini dapat membantu & menambahkan lagi ilmu pengetahuan.
sekian, terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)
http://i1234.photobucket.com/albums/ff408/LyssaFaizureen/lyssabutterflypink.png